Pages

Saturday, October 30, 2010

Dulu, abang selalu.....

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....


Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.


Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu cium saya."


Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu gigit-gigit leher saya...emmmm...." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?"


Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi saya lah!!!!!!!" !@#$%^^&*

Friday, October 15, 2010

TERberanak

Suatu hari, ada seorang pompuan tu, TERberanak dalam lif.
Punyalah dia malu... menangis, meraung dan tak mau keluar lif. Datang doktor cuba pujuklah perempuan tersebut untuk dibawa ke hospital.

"Marilah keluar akak, saya bawak pergi hospital".

"Tak maulah doktor, saya malu"

Kemudian kata doktor tu...
"Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat akak tu meraung....
Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.

Kata akak tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

disable clicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...