Pages

Tuesday, August 24, 2010

Panggilan Kecemasan

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tiba-tiba seorang menjerit..

"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu.....

Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri.....

setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin.....

Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar.....

Monday, August 23, 2010

Ayam

Dol : "Apa yang engkau bawa tu?"

Mutu: "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalau tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"

Dol : "Emmmm.. tiga kot..?"

Saturday, August 21, 2010

Jam Tangan

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaiki jam bertanyakan tentang harga jam itu.

" Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.

"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"

Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! ...."

Saturday, August 14, 2010

Isteri Idaman

Kriteria isteri idaman adalah:
  1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

  2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

  3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

  4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

  5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

disable clicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...